September 28, 2009

Proton Savvy IRC Concept

28 Sept '09, JB :Setelah artwork dahulu di-revoke, yg ini adalah artwork yg telah dsiapkan dlm bulan Ogos 2009 (lebih kurang). Artwork kali ini menggunakan hampir semua pengetahuan saya dlm 3DS Max(yg tak seberapa ni).

Pembinaan model berdasarkan model sebenar sedia ada dengan penambahan pada gubahan bumper dan mud-guard inspirasi daripada model Satria Neo S2000. Pembinaan mengambil masa lebih kurang 4minggu serta teknik rendering menggunakan Mental-Ray.

Masih banyak yang perlu saya pelajari terutama dari aspek ketepatan dan smoothness. Dalam artwork ini,saya tidak menumpukan perhatian pada pemakaian material mapping. Sebaliknya mengutamakan aspek konsep dan kepelbagaian penggunaan yang boleh diketengahkan pada model Savvy ini.

29 Sept '09, JB: Sehingga tarikh ini saya sedang menyiapkan satu model utk segment city car. Saya akan cuba hasilkan satu artwork yang mempunyai identiti sendiri satu hari nanti.

Gambar kanan ialah model Mitsubishi Evo10 yg belum di'pakai'kan material mapping. Atau lebih tepat, clay rendering bagi menunjukkan yang konon2nya keta tersebut dlm peringkat clay modelling. Rim model adalah mengikut citarasa sendiri. Gambar berikutnya ialah model yang diwarnakan, xsiap lg sehinggalah artikel ini ditulis, ia masih ditakat itu.


Gambar terakhir ini merupakan projek terkini saya.Bukan model ciptaan sendiri, tetapi adaptasi daripada produk keluaran syarikat yang berpengkalan di Rep. Czech, iaitu TPCA. Model berasaskan jenama Toyota Aygo, Peugeot 107 dan Citroen C1. Kali ini saya lebih berhati2 melayangkan garisan2 dan cuba utk membuat kesan gap supaya ia lebih realistik. Namun mgkn terdapat kesilapan semasa construction, rear end model ini kelihatan seperti Perodua Viva laa plak.

Jadi dah tak original plak dah..xpelah.Anyway, sasaran saya utk model ini ialah untuk menyuntik ciri2 eropah.(Mata org Malaysia ni ssh nk terima design europe)..ok



Sekian kali ini..Wasalam