October 10, 2009

New Aygo-based model from me

Merupakan artwork terkini saya yang diolah bulat2 daripada model Toyota Aygo,Peugeot 107 dan Citroen C1 (yang dipasang oleh syarikat TPCA)..

Sedikit olahan pada bahagian belakang dan depan model bagi disesuaikan dengan pandangan mata saya sendiri, redesigned rear dan front bumper, rear combi light dan cargo hood yang direka semula..(tanpa menyentuh sedikitpun bahagian sisi model ini yang menampakkan ciri2 typical model yang asal)

Target rekaan adalah untuk tema kereta kompak atau city car. Saya akan tampilkan 2 varian untuk model ini.mungkin yang sedikit sporty dan satu lagi bolehlaa dikatakan model asas tanpa aksesori (baseline).

Nampaknya artwork kali ini saya gagal menyuntik ciri-ciri eropah. Ya,cubaan yang gagal. saya akan cuba lagi.LAIN KALI.hehe

Nota: Kali ini saya mengaplikasikan teknik Inset dan Extrude untuk mendapatkan kesan lebih realistik pada sambungan rear combi dan cargo hood. Render akhir akan saya paparkan kemudian..Wsalam

Berikut adalah render yang telah saya buat.(maaf,terlupa nk buat line pintu dan door handle,kereta ni masuk ikut bonet barangkali.hehe)

3 comments:

  1. cubaan yang gagal..? alaa.. cuma suntikan botox je kan..? hehe.. apa pun, cubaan yang baik laa bro.. bukan senang nak buat menda2 ni.. saya sendiri pun tak reti.. tengok ni je pun dah teruja..

    ReplyDelete
  2. Gagal laa bro..Janji nk inject european style,tp jd lain.hehe..

    Bro, bg link sekali bleh?sng nk direct..TQ

    ReplyDelete
  3. xpe..cuba lagi...bukan senang nak wat 3d ni..

    ReplyDelete